HALAL Training
Kami menyediakan program latihan halal melalui kerjasama strategik rasmi dengan rakan strategik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) RS-MiHA, yang dikendalikan oleh Ustaz Elyas melalui Dreams Machine Resources PLT. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan penyediaan makanan halal serta pematuhan kepada garis panduan halal.
Perkhidmatan Ditawarkan
• Kursus Penyediaan Makanan Halal (Kesedaran Halal)
Program latihan yang memberi pendedahan asas mengenai konsep halal, pengendalian makanan yang betul, amalan kebersihan, serta kepentingan pematuhan kepada standard halal.
